Friday, December 12, 2008

Hari Raya Korban Aidiladha

Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan beramai-ramai melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Tuesday, December 2, 2008

Galeri Sepanjang Festival Kanak-Kanak di Sandakan

Kali ini saya bersama keluarga dan dua orang murid dari Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam, Sabah iaitu Arthur Alvien Amir dan Alphonsus Jaimin pergi ke Festival Kesenian Kanak-Kanak dan Remaja peringkat negeri Sabah yang berlangsung di Sandakan. Perjalanan menujuk ke Sandakan menggunakan jalan darat iaitu dengan menggunakan kenderaan sendiri Mitshubishi Triton SAA8490R. Kami menginap di Asrama Kompleks Sukan Sandakan dan menerima Sijil Bimbingan Seni Budaya di Dewan Masyarakat Sandakan. Manakala keluarga pula menetap di Rumah Rehat Borneo Samudera Sandakan. Sepanjang perjalanan itu kami juga tidak ketinggalan melawat beberapa tempat yang menarik. Berikut antara galeri yang dipaparkan :

Thursday, November 27, 2008

Festival Kesenian Kanak-Kanak & Remaja Peringkat Negeri Sabah 2008

Pengenalan :

Festival Kesenian Kanak-kanak merupakan salah satu daripada program tahunan yang telah dimulakan pada tahun 2001 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Festival kesenian Kanak-Kanak Peringkat Negeri Sabah ini adalah dengan kerjasama jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Majlis Perbandaran Sandakan. Hasrat penganjuran program ini adalah untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan pelajar sekolah rendah dan menengah dalam seni dan budaya selaras dengan visi dan misi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dalam merakyatkan seni dan budaya yang bermula dari zaman kanak-kanak dan sebagai pewaris masa akan datang kelak.

Objektif :

Memberi pendedahan dan pengalaman kepada kanak-kanak dan remaja untuk mempersembahkan kebolehan mereka di dalam seni budaya di samping sebagai manifestasi kepada aktiviti latihan di dalam program Kelab Tunas Budaya dan Kumpulan Giat Budaya (Program Bimbingan Seni Budaya Negara) Negeri Sabah.

Galeri Festival :

Beberapa kenangan sepanjang festival berlangsung antaranya ......